Return to MAIN



Berbelog dalam BM

Pada hari yang mulia ini, izinkan saya untuk berbelog dalam BM.

::ahem::

Sejak 1970an, BM diberi penekanan dalam pendidikan sehingga bahasa Inggeris diketepikan sama sekali. Walau bagaimanapun, adalah amat menghairankan bahawa ramai pelajar lepasan SPM tidak mempunyai penguasaan bahasa yang tinggi.

Di belogosfera akhir-akhir ini, terdapat persepsi bahawa belia berwarganegara Malaysia yang memiliki belog tidak mempunyai penguasaan BM yang baik. Saya tidak menulis apa-apa dalam BM sejak menduduki SPM pada tahun 2001. Oleh itu, saya meminta maaf jika penggunaan BM dalam kiriman belog kurang baik, tetapi sempena Hari Kebangsaan pada tahun ini, saya juga turut serta dengan kempen berbelog dalam BM.

Pada tahun ini, saya menyambut Hari Kebangsaan kita dari Melbourne, Australia. Walaupun jauh dari tanahair, saya dilanda emosi nostalgia membaca kiriman belog jeffooi dan mendengar lagu kebangsaan kita dalam bentuk rakaman gitar. Dari belog jeffooi, saya juga mendapat berita bahawa Ketua Pembangkang YB Tuan Lim Kit Siang telah mula berbelog akhir-akhir ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari jadi ke-21 kepada rakan karib saya, Ho Hong Leong yang berada di Adelaide pada masa ini.

Dari saya yang berada di Melbourne, Australia kepada semua warganegara Malaysia, selamat menyambut Hari Kebangsaan kita yang ke-48. Cubalah saudara-saudari sekalian mengarang komen dalam BM juga. Sekian.